Thursday, April 15
News Aggregation Center | Social Listening Post
Like Haha Love Sad Angry
 
Kritik
  • Home
  • About Us
  • Categories
    • Arts and Literature
    • Banking and Financial
    • Business Services
    • Campaign
    • Consumer Products
    • Current Affairs
    • Economics
    • Education
    • Entertainment
    • Food and Beverage
    • Healthcare
    • International Affairs
    • Kritik’s Newsletters
    • Letters
    • Lifestyle
    • Opinion
    • Personal Development
    • Politics
    • Public Services
    • Science & Technology
    • Service Providers
    • Social Issues
    • Sports
    • Tourism and Hospitality
    • Transportation
    • Travel and Leisure
    • Utilities
    • Others
  • Hot Topics
  • Video
  • Contact Us
  • Feedback
  • FAQ?
user avatar
Register Log In
malaysian economy

Apa Akan Jadi Jika Belanjawan 2021 Ditolak di Dewan Rakyat?

Krit@@dm1N kritik
5 months ago
181 views

DARI PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG
Kemungkinan Belanjawan 2021 Ditolak di Dewan Rakyat

S. 1: Apa akan jadi jika Belanjawan sulung Kerajaan Perikatan Nasional ditolak di Parlimen pada hari Khamis 26 November 2020?

J. : Dari segi konvensyen itu bermakna ahli-ahli Dewan Rakyat tidak mempunyai keyakinan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan PN pimpinannya.

S. 2:Apa yang terjadi pada Belanjawan tahun 2021 itu apabila ditolak?

J. :Belanjawan itu lupus di Dewan Rakyat. Tidak boleh dibawa ke Dewan Negara. Tidak boleh dipersembahakan kepada Yang Di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan diraja.

S. 3:Bagaimana pula nasib Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Kabinet pimpinannya?

J. : Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengikut konvensyen perlembagaan perlu meletak jawatan. Kabinet pimpinannya juga turut meletak jawatan apabila Perdana Menteri meletak jawatan.Perdana Menteri perlu menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong.

S. 4: Bolehkah PM Muhyiddin Yassin menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya mengisytiharkan Darurat seluruh Malaysia setelah Belanjawan 2021 kalah di Dewan Rakyat?

J. : Muhyiddin Yassin tidak boleh berbuat demikian.Apabila Belanjawan 2021 Kerajaan PN ditolak di Dewan Rakyat itu bermakna Ahli Parlimen Pagoh itu sudah kehilangan sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Beliau sudah tidak ada locus standi sebagai seorang Perdana Menteri untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agong supaya mengisytiharkan Darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

S. 5: Adakah alasan lain jika ada, selain isu locus standi untuk yang Di-Pertuan Agong menolak permohonan Muhyiddin Yassin supaya disytiharkan Darurat?

J. : Kalah dalam pengundian Belanjawan tahunan negara tidak boleh jadi alasan untuk perisytiharan darurat. Ada tiga sebab utama di dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan untuk Darurat diisytiharkan oleh Yang Di-Pertuan Agong. Pertama ada ancaman keselamatan negara; kedua ada ancama terhadap kehidupan ekonomi; dan ketiga ada ancaman terhadap ketenteraman awam. Ketiga-tiga alasan itu tidak wujud sekarang atau pada 26 November nanti. Keselamatan Malaysia sekarang tidak terancam. Tidak ada tentera negara asing sedang atau akan menyerang Malaysia. Ekonomi Malaysia akan terus berjalan walaupun Belanjawan 2021 tersebut kalah di Dewan Rakyat. Kilang dan industri berjalan. Bank- bank beroperasi seperti biasa. Pelabuhan-pelabuhan seluruh negara tidak ditutup. Rakyat bekerja walaupun setengahnya dari rumah kerana PKPB atau PKPD. Pejabat-pejabat kerajaan masih menjalankan tugas seperti lazimnya, mungkin mengikut SOP dan norma baharu. Begitu juga ketenteraman awam tidak terancam. Polis dan Tentera siap sedia. Rakyat tidak ada yang berdemonstrasi atau merusuh sekarang. Semuanya akur ikut SOP dan berdisiplin. Jadi tidak ada asas untuk isytihar darurat.

S. 6: Jika Belanjawan 2021 tidak diluluskan di Dewan Rakyat bolehkah Muhyiddin Yassin menghadap Yang Di-Pertuan Agong supaya dibubarkan Parlimen dan Pilihanraya Umum diadakan?

J. : Perdana Menteri yang kalah di Dewan Rakyat kerana Belanjawan Kerajaannya ditolak oleh ahli-ahli Parlimen sudah hilang kedudukan atau locus standi untuk bertindak sebagai seorang Perdana Menteri yang sah untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agong supaya membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihanraya Umum.

S. 7: Kalau semua langkah Perdana Menteri yang kalah Belanjawannya di Dewan Rakyat tersekat kerana halangan undang-undang Perlembagaan dan konvensyen Perlembagaan, jadi apa yang Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar lakukan sekiranya senario yang digambarkan itu benar-benar berlaku?

J. : Yang Berhormat Ahli Parlimen Pagoh itu tiada pilihan lain. Beliau perlu meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

S. 8: Apa jadi jika Perdana Menteri meletakkan jawatan?

J. : Semua Menteri kabinet juga secara otomatik gugur dari jawatan dan Kerajaan PN ikut sama tumbang.

S.9: Jika senario ini benar-benar berlaku pada Khamis 26 November ini. Apa jalan penyelesaiannya?

J. : Yang Di-Pertuan Agong akan melantik seorang Perdana Menteri Baharu. Sebuah Kabinet dengan Jemaah Menteri akan terbentuk dan sebuah Kerajaan baharu akan ditubuhkan.

S.10: Apakah tugas utama kerajaan baharu itu?

J. : Perdana Menteri yang baharu perlu segera menghadap Yang Di-Pertuan Agong untuk menasihati Baginda supaya sidang khas Parlimen dipanggil seawal bulan Disember 2020 ini untuk meluluskan Belanjawan Negara di bawah Perkara 102 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 102 (a) Perlembagaan Persekutuan itu membenarkan melalui undang-undang perbelanjaan bagi sebahagian tahun 2021 sebelum lulus Rang Undang-Undang Perbekalan tahun 2021 tersebut.

S. 11: Mengapa perkara ini perlu?

J. : Supaya Kerajaan baharu ada peruntukan wang untuk membayar gaji atau emolumen kakitangan awam, ada wang untuk membayar frontliners dan ada wang untuk operasi kerajaan.

S.12: Adakah situasi perbelanjaan bagi sebahagian tahun ini pernah berlaku?

J. : Ada. Pernah berlaku. Pilihanraya Umum Malaysia tahun 1999 telah diadakan sebaik sahaja Belanjawan dibentangkan di Dewan Rakyat pada bulan November. Sebelum Belanjawan itu diluluskan, Parlimen telah dibubarkan dan Pilihanraya Umum tahun 1999 diadakan. Kerajaan baharu yang dibentuk selepas itu telah menggunakan peruntukkan Perkara 102 Perlembagaan Persekutuan untuk menguruskan operasi kerajaan dan membayar gaji kakitangan awam.

s.13 : Apakah yang rakyat Malaysia perlu faham tentang situasi kemungkinan Belanjawan Kerajaan PN ditolak oleh ahli-ahli parlimen di Dewan Rakyat pada 26hb November ini?

J. : Rakyat perlu tenang. Jangan ada kegentaran. Tidak perlu panik dan takut. Negara Malaysia kita ini berjalan secara hukum. Kita mengamalkan prinsip kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan yang terpahat sebagai prinsip-prinsip Rukun Negara. Perlembagaan Negara kita akan menjadi kompas perundangan dalam situasi negara menghadapi kemelut politik seperti sekarang ini.

Sekian.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang
Selasa 17 November 2020


(Disclaimer: this article is published verbatim. Its accuracy is solely the responsibility of the writer. kritik.com.my shall not be liable for any loss of information howsoever caused as a result of any interruption, suspension or termination of kritik.com.my Services or for kritik.com.my Content, accuracy or quality of information available or transmitted through kritik.com.my Services.)


myhandyshoppe.com online shopping
Visit myhandyshoppe.com online shopping experience

job portal in malaysia
Visit mykerjaya.com Malaysia premiere Job Portal at affordable price

gig economy service finder
Visit getafren.com service finder for gig economy

portal for fundraising events
Visit fundtogive.com Crowdsourcing, Fundraising, and Donation Portal
Categories: Current Affairs Public Services
Post reactions
Like (11)
Haha (0)
Love (1)
Sad (1)
Angry (0)
Related Posts
critic; critique; kritik, newsfeed

Top Quality Malaysian Politician hard at Work

4 days ago
critic; critique; kritik, newsfeed

COVID-19: In the safety ranking, the top four are all Chinese vaccines

4 days ago
critic; critique; kritik, newsfeed

New economic model to make the case for rural connectivity

3 weeks ago
critic; critique; kritik, newsfeed

Drones could boost broadband connectivity in rural areas

4 weeks ago
critic; critique; kritik, newsfeed

Towards Better Governance Among Training Associations

2 months ago
critic; critique; kritik, newsfeed

We need to talk about US internet monopolists

2 months ago
Recent Posts
  • Lisbon to roll out fleet of electric ferries
  • Germany’s Federal Government stumps up €700m for 6G research
  • 5 cities that lead the way on renewables
  • Top Quality Malaysian Politician hard at Work
  • COVID-19: In the safety ranking, the top four are all Chinese vaccines
Recent Comments
    Archives
    • April 2021
    • March 2021
    • February 2021
    • January 2021
    • December 2020
    • November 2020
    • October 2020
    • September 2020
    • August 2020
    • July 2020
    • June 2020
    • May 2020
    • April 2020
    • March 2020
    • February 2020
    • January 2020
    • December 2019
    • November 2019
    • October 2019
    • September 2019
    • August 2019
    • July 2019
    • June 2019
    • May 2019
    • April 2019
    • March 2019
    • February 2019
    • January 2019
    • December 2018
    • November 2018
    • October 2018
    • September 2018
    • August 2018
    • July 2018
    • June 2018
    • May 2018
    • April 2018
    • March 2018
    • February 2018
    • January 2018
    • December 2017
    • November 2017
    • October 2017
    • September 2017
    • August 2017
    Categories
    • Advanced Technology
    • Agriculture
    • Arts & Literature
    • Banking and Financial
    • Business Services
    • Campaign
    • Consumer Products
    • Corporate News
    • Current Affairs
    • Customer Service
    • Cybersecurity
    • Digital Marketing
    • Economics
    • Editorial
    • Education
    • Entertainment
    • Entrepreneurship
    • Food and Beverage
    • Gig Economy
    • Healthcare
    • Human Resource
    • Humor
    • International Affairs
    • Investment
    • Leadership
    • Letters
    • Lifestyle
    • Opinion
    • Others
    • Personal Development
    • Politics
    • Productivity Tools
    • Public Services
    • Sales and Marketing
    • Scandals
    • Science and Technology
    • Service Providers
    • Smart City
    • Social Issues
    • Sports
    • Startup
    • Strategic Management
    • Tourism and Hospitality
    • Transportation
    • Travel and Leisure
    • Utilities
    Login with your Social Account
    Kritik © 2017-2019 ZOHL Web Services | All Rights Reserved.
    A Division of ZOHL Industries Sdn Bhd (351827-A)
    • Home
    • About Us
    • Content Policy
    • Privacy Policy
    • Terms of Use
    • Disclaimer
    • Contact Us
    • Feed

    This site is best viewed with 1400x900 resolution (all browsers) and with IE 10.0 version only