LifestyleSocial Issues

Betulkah sesetengah pemimpin PH dah mula menunjuk ciri2 yang tak di ingini?

Terkilan dan sedih juga apabila terbaca keluhan hati para netizan yang berkecil hati apabila sesetengah pemimpin yang di idolakan telah mula menunjuk tera/belang atau “naik tocang”. Mereka-mereka ini yang sebelum bergelar YB, tak kira dari parti mana, sangat mesra dengan pengikut/penyokong. Semua yang diminta boleh kaw-tim. Hantar SMS & WA semua dijawap. Facebook postings dan komen semua di respon dengan penuh kasih sayang. Nak jumpa kat kedai kopi siang atau malam, no problem. Jemput kenduri-kendara semua boleh datang. Asalkan bila waktu mengundi sudah tiba, jangan lupa untuk mengundi si Fulan bin(ti) si Fulan. Ini merupakan satu kenyataan. Persoalan nya, bolehkah kita sebagai penyokong tegar si Fulan ini menerima hakikat yang sebenarnya?

Maklumlah dah jadi YB & YAB, terutama sekali yang telah berpangkat. Diatas nama “protokol” semuanya mesti ikut peraturan yang telah ditetapkan. Dengan wujudnya “protokol2” ini, maka, sesetengah kelompok telah menyalahtafsirkan erti sebenar perkataan protokol ini. Di sesetengah majlis rasmi kerajaan, umpama nya, mestilah ada perbezaan “treatment” kepada golongan2 YB ini. Tempat makan mestilah berasingan dengan rakyat biasa. Selalunya, “protokol” akan memastikan YB2 ini akan mendapat kelebihan layanan yang setimpal dengan kedudukan mereka. Mungkin meja makan mesti berasingan dengan rakyat biasa (RB) dan dilabelkan pula dengan perkataan VIP atau lebih power, VVIP. Tahukah kita apa maksud VIP atau VVIP ni? Siapakah yang pandai2 memberi label2 tersebut kepada golongan2 ni? Mungkin masyarakat secara umum perlu menjawap soalan ini.

Memang tidak dapat dinafikan, setelah sekian lama bertugas untuk kepentingan RB dan untuk pembangunan Negara, mungkin si Fulan2 ni berhak untuk merasakan keistimewaan2 yang telah diperuntukan. Tetapi dalam konteks kerajaan yang baru ditubuhkan, apakah sumbangan si Fulan2 ni dalam masa lebih kurang 2 bulan? Jadi, kalau satu “precedent” telah di tetapkan, apabila golongan ini telah merasa kemanisan disanjung manusia, maka susahlah untuk mereka berundur (dari keistimewaan2 ini) dikemudian hari.

Mungkin kita perlu bersabar dan beri peluang kepada si Fulan2 ini untuk membuktikan kebolehan masing2 sama ada di Parlimen atau pun didalam Kementerian masing2. Rakyat cuma membuang undi dihari pengundian sekali dalam 4-5 tahun. Mungkin ada yang mengundi parti dan mungkin ada yang mengundi calon tak kira dari parti mana. Apa2 pun, kita tiada “say” untuk memilih siapa yang patut jadi Menteri itu dan ini. Itu satu prerogatif Perdana Menteri dan YD Agong.

Tetapi, secara keseluruhan nya, mereka2 yang telah dipilih untuk mewakili RB mesti (mungkin perkataan “wajib” lebih tepat) membuktikan terlebih dahulu kebolehan masing2 untuk memimpin dan menunjukan ciri2 keperibadian yang murni dan akhlak yang tinggi. Disaat Negara dilanda pelbagai bencana dan dugaan si Fulan2 ini perlu tonjol kehadapan tanpa mengira “darjat” demi untuk kepentingan agama, bangsa, dan Negara. Mentaliti “feudal” yang sudah sekian lama bertapak disanubari2 sesetengah pemimpin perlu dihakiskan atau lebih baik dikuburkan terus. YB2 yang baru dan masih belum berpengalaman untuk memimpin harus mengharung dugaan2 yang bakal di temui dengan hati yang cekal dan berpegang teguh kepada prinsip2 yang utuh. Buatlah sesuatu yang baik untuk mengubah hidup RB yang menaruh HARAPAN yang tinggi.

-JoeGetz/07 July 2018

 152 Total Page Views,  1 Views Today

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button