
BILA TONY FERNANDEZ DISEBUT2 ‘BOSSKU’ UNTUK MAS
Kecoh netizen bangkitkan isu kaum bila ada orang menolak nama Tony Fernandez. Airasia disebut sebagai satu contoh syarikat penerbangan yang mampu berdiri sendiri tanpa bantuan kerajaan. Hanya Tony dikatakan paling layak untuk menerajui MAS. Ini yang ramai orang rasa tetapi ada perkara yang ramai tidak tahu.
AIRASIA TIDAK PERNAH MAMPU BERDIRI SENDIRI
Jikalau tiada perjanjian CCF (comprehensive, collborative framework) dengan MAS, kapal terbang Airasia akan tersadai. MAS membekalkan kejuruteraan, ground support services, training, cargo dan catering kepada Airasia melalui perjanjian ini. Perjanjian CCF ini sepatutnya mempunyai faedah bersama namun saban tahun, hanya Airasia yang memperoleh faedah tetapi tidak kepada MAS. Hakikatnya permainan politik dalaman dalam membentuk perjanjian berat sebelah ini menjadikan MAS ‘dirompak’ Airasia. Namun orang melihat syarikat yang tak ada screwdriver dan tak mampu repair pesawat sendiri ini lebih hebat dari MAS.
Begitu juga masalah Airasia dengan Malaysia airport. Dipermudahkan bahasa kita boleh katakan kalau tidak kerana toleransi Malaysia Airport, pesawat Airasiaparking atas rumput sajalah. Saban tahun kisah hutang Airasia dengan MAHB tak pernah sunyi. Tahu sewa dan pakai tapi liat nak bayar.
Paling seronok ada hati nak minta gantirugi dari MAHB beberapa tahun lalu kononnya kerugian disebabkan kerosakan beroperasi di airport baru. Hutang susah bayar, lepas tu ada hati mahu minta MAHB gantirugi sampai 400 juta.
Tidak kurang dari itu, ramai penjawat awam tertanya-tanya mengapa tiket kapalterbang penjawat awam banyak diberikan kepada Airasia sedangkan dahulunya dari MAS. Malah jumlah fare Airasia jauh lebih tinggi berbanding MAS. Ramai tertanya-tanya kenapakah Airasia dilayan seperti anak emas. Rakyat perlu tahu siapakah tangan tersembunyi disebalik semua cerita kartun ini.
Boleh disimpulkan Tony Fernandez hebat didepan lensa kamera tetapi bukan dilapangan. Ramai orang didalam komuniti aviation amat marah apabila MAS yang bertungkus lumus memberi talian hayat kepada syarikat ini dilihat beban kepada negara, tetapi Airasia pula dilihat syarikat yang bisa menyelamatkan MAS.
Seluruh dunia mengiktiraf kehebatan MAS. Banyak syarikat-syarikat penerbangan antarabangsa lebih yakin menghantar pesawat mereka untuk diselenggara oleh kakitangan MAS. MAS sebenarnya dirosakkan oleh orang politik itu sendiri. Kalau sungguh MAS ini merugikan dan membebankan, mengapakah begitu cepat Tun Mahathir mengumumkan MAS sudah ada pembeli.
Diharap rakyat Malaysia tidaklah tersalah angkat orang yang hendak diharap memperbaiki MAS sedangkan dia cukup lama sudah menyusahkan syarikat yg kita sayangi ini. Kita berdoa semoga harta negara tidak dijarah sewenangnya oleh cukong-cukong yang sentiasa mencari jalan mudah untuk untung besar dengan mudah.
Kita tolak Tony bukan kerana dia non muslim atau bukan Melayu. Kita tolak Tony kerana rekodnya tidaklah cemerlang malah ke laut sebenarnya❗It’s NO NO‼
Dari Kami
Mantan Staf Malaysia Airlines Berhad
[mohon viralkan. T/Kasih]
Recent Comments