Public Services

Deputy Foreign Minister sorry state of affairs

Muhamad Harris NasrilFollow | 9 hrs

Saya lakukan reverse image search pada gambar pengajar di Cambridge International Universiti US, universiti di mana timbalan menteri luar kita mendakwa beliau memperoleh ijazah.

Saya mendapati beberapa pengajar di fakulti tersebut adalah rekaan semata-mata. (rujuk: http://www.ciuedu.us/faculty-members/)

Ada satu gambar yang memaparkan gambar seorang profesor sebagai Profesor Kelly E. Thomas.

Gambar tersebut sebenarnya merupakan seorang profesor di universiti california, Irvine ( UCI) yang bernama Mahtab Jafari.

gambar asal di sini: http://www.farnorthscience.com/…/cold-elixir-arctic-herb-m…/

Saya turut menulis email kepada profesor tersebut mengenai gambar beliau yang dimanipulasi oleh Cambridge International Universiti supaya ia tidak terus digunakan secara salah.

Perkembangan ini sangat membimbangkan.

Timbalan Menteri kita sedang menggunakan sijil yang tidak diakreditasi. Seolah-olah universiti ini adalah scam, dan beliau pula berlagak seperti tidak ada apa-apa perkara besar berlaku.

Ini menyentuh integriti. Ini bukan perkara remeh. Ini maruah negara, maruah kerajaan, serta maruah parti bunga. Tak malu kah timb menteri menggunakan sijil palsu?

Kalau di sektor swasta guna sijil palsu untuk dapat pekerjaan, tentu sudah dibuang kerja.

Di sektor kerajaan, apakah tindakan selanjutnya?

 127 Total Page Views,  1 Views Today

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button