Sports

Drinkwater, Bakayoko boleh tinggalkan Chelsea

28 July 2019 | harimau malaya | https://bit.ly/2LSUdNl

LONDON – Chelsea bersedia untuk melepaskan Danny Drinkwater dan Tiemoue Bakayoko dan keputusan tersebut diambil berdasarkan penilaian yang dilakukan Frank Lampard ketika pra musim The Blues di Jepun.

Bos Chelsea, Lampard tidak boleh membeli pemain baharu selepas kelab London itu dikenakan penggantvngan mahu menilai skuad yang dimilikinya sebelum memutuskan masa depan pemain Chelsea.

Drinkwater yang pernah menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Leicester hanya membuat 23 penampilan dengan The Blues selepas menyertai pasukan itu pada 2017 dengan harga 35 juta pound (RM178 juta).

Perlawanan terakhirnya ketika menentang Manchester City dalam aksi Perisai Komuniti pada Ogos lalu.

Bakayoko yang menyertai Chelsea dari Monaco pada tahun sama kemasukan Drinkwater pula dipinjamkan kepada AC Milan pada musim lalu selepas bergelvt dalam kempen EPL.

 144 Total Page Views,  1 Views Today

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button