Thursday, April 15
News Aggregation Center | Social Listening Post
Like Haha Love Sad Angry
 
Kritik
  • Home
  • About Us
  • Categories
    • Arts and Literature
    • Banking and Financial
    • Business Services
    • Campaign
    • Consumer Products
    • Current Affairs
    • Economics
    • Education
    • Entertainment
    • Food and Beverage
    • Healthcare
    • International Affairs
    • Kritik’s Newsletters
    • Letters
    • Lifestyle
    • Opinion
    • Personal Development
    • Politics
    • Public Services
    • Science & Technology
    • Service Providers
    • Social Issues
    • Sports
    • Tourism and Hospitality
    • Transportation
    • Travel and Leisure
    • Utilities
    • Others
  • Hot Topics
  • Video
  • Contact Us
  • Feedback
  • FAQ?
user avatar
Register Log In
critique, kritik

Farm Fresh: penjelasan ekoran dakwaan fakta separuh masak

Krit@@dm1N kritik
2 years ago
792 views

Memandangkan hal ini sudah semakin viral, boikot yang tak masuk akal, berbaur rasis dan seakan mengharamkan apa yang telah Allah halalkan, maka saya kena bagi pencerahan.

1. Empunya status asal yang dipetik oleh page ‘Sokongan Produk Muslim’ dan di share pula oleh page ABCD, sudah pun memohon maaf secara terbuka kepada pihak Farm Fresh ekoran dakwaan (baca; ‘dakwaan fakta separuh masak’) yang menimbulkan fitnah dan persepsi tidak baik kepada Farm Fresh. Laporan polis juga sudah dibuat kepada pemilik status tersebut. Jika persepsi yang sudah menjadi salah faham ini masih berterusan, saya tidak terkejut jika kedua-dua page berkenaan berhadapan tindakan mahkamah.

2. Berkenaan dengan Farm Fresh secara umum, ia dimiliki 100% oleh The Holstein Milk Company. Dalam syarikat ini mempunyai beberapa shareholder dan ahli lembaga pengarah antaranya Khazanah Nasional (institusi nasional), Rainforest Capital (Mr Loi) dan Farm Fresh Dairy Produce (milik Azmi Zainal dan rakan Ausie beliau).

3. Dalam konteks perniagaan perkongsian, Mr. Loi adalah CEO, Tn Azmi Zainal sebagai COO dan Ganesh sebagai CFO. Ada Cina, Melayu dan India yang mentadbir serta memiliki kepentingan syarikat ini. Atau secara zahirnya Farm Fresh adalah milik Malaysia dan milik rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

4. Holstein bukanlah berstatus Bumiputera secara mutlak, kerana ia adalah Syarikat pembangunan strategik kerajaan melalui Khazanah dalam membangunkan industri tenusu negara. Di bawah kerajaan BN dahulu, Holstein dibantu dan diperkasakan bagi mengeluarkan susu terbaik dan mampu bersaing dengan produk luar negara seperti Dutch Lady. Kemudian di bawah kerajaan baru, usaha ini diteruskan dan mendapat sokongan penuh. Kerana ia dianggap antara aset penting negara dalam industri tenusu. Ada beribu lembu tenusu milik Farm Fresh yang ada di Malaysia dan Australia ketika ini, dengan menjadi penyumbang paling utama susu segar negara.

5. Kaitan Mr Loi dengan Tn Azmi Zainal? Mereka adalah sahabat lama dan akrab sejak 1998. Saling membantu dan berganding bahu membangunkan perniagaan ini. Maka kenapa kita harus rasis tidak bertempat? Di Malaysia ini cuma ada Melayu sahajakah?

6. Farm Fresh telah mewujudkan peluang pekerjaan kepada 634 orang yang mana 70% adalah Melayu. Manakala 540 keluarga menjadi usahawan Home Dealar dengan pendapatan Rm1000-3000 sebulan, majoritinya adalah Melayu Islam. Maka, kenapa harus ditimbulkan persepsi negatif dan rasis oleh page berkenaan?

7. Seperkara penting rakyat Malaysia harus tahu, Farm Fresh di bawah The Holstein Milk adalah satu-satunya jenama tempatan yang mampu menggugat pengaruh jenama susu luar negara seperti Dutch Lady, DHL, Fernleaf, F&N dan Marigold.

8. Di Sarawak, Farm Fresh pernah cuba dihalang daripada dijual di sana. Kerana memberi saingan kepada Eco Fresh yang tidak memiliki status halal. Kemudian jenama Farm Fresh dibenarkan masuk ke Sarawak atas faktor kepentingan puluhan usahawan Farm Fresh bumiputera Sarawak serta kehendak terhadap produk susu halal di sana. Nampak tak betapa penting jenama ini dari sudut status halalnya?
_____________

– Cabaran dan Persaingan dengan produk asing dan tidak halal –

9. Farm Fresh juga membantu para setelit farmer iaitu penternak lembu luar bandar dengan penternak ini menjadi antara penyumbang susu segar jenama Farm Fresh. Di samping berjaya menambah pendapatan penternak.

10. Farm Fresh sentiasa berkongsi idea dengan kerajaan bagaimana merancakkan lagi indusri susu segar tempatan di samping menyaingi jenama luar negara. Alhamdulillah, Farm Fresh adalah satu-satunya syarikat yang mencapai KPI dalam program NKEA EPP13.

11. Seperkara penting mengenai EPP 13. Sebelum Farm Fresh masuk dalam industri, pengilang asing membeli susu penternak melalui koperasi pada harga Rm1.40. Apabila EPP13 dilancarkan, Farm Fresh telah membeli susu penternak pada harga Rm2.40. Industri mula tumbuh rancak dan SSL pada ketika itu hanyalah 5%. Kini harga susu mentah telah mencapai Rm3.20, bermaksud penternak telah mendapat faedah dari peranan Farm Fresh.

12. Pengilang asing tidak menyokong industri tenusu tempatan kerana mereka ada kepentingan. Malah berlaku persaingan antara mereka dengan Farm Fresh sehingga memaksa pengilang asing membeli susu mentah dengan harga lebih tinggi. Kesannya ramai penternak setelit mula beralih kepada pembeli asing berbanding industri tenusu tempatan seperti Farm Fresh. Namun, ia tetap mengembirakan Farm Fresh kerana penternak tenusu tempatan sudah dapat menjadi hasil lebih tinggi berbanding sebelum, malah Farm Fresh menganggap ia suatu cabaran agar industri tidak berputus asa dan terus ke cemerlang ke hadapan.

13. Jika anda perasan tidak lama selepas Farm Fresh mengeluarkan produk susu kurma, banyak produk susu dari jenama asing mula mengikut jejak langkah tersebut. Masing-masing mengeluarkan susu kurma sendiri. Nampak betapa hebat penangan Susu Kurma Farm Fresh?

14. Hari ini, ladang Farm Fresh yang terletak di Muazam telah mengeluarkan 17% dari pengeluaran susu mentah negara. Menariknya, pada 2016 Farm Fresh telah menduduki tangga no.1 susu segar oleh rating Ac Niealsen.
____________

– Dalil –

15. Tiada larangan dalam Islam untuk mengambil khidmat, kemudahan mahupun produk non-Muslim selagi ia jelas halal. Apatah lagi Farm Fresh yang sememangnya ada share besar orang Islam di sana.

Malah Allah melarang hambaNya mengharamkan apa yang telah Dia halalkan. Walaupun tiada kenyataan jelas tujuan boikot ini adalah untuk mengharamkan produk tersebut, namun persepsi yang ditimbulkan boleh menyebabkan sebahagian kita tersilap faham seakan produk berkenaan haram diminum.

وَلَا تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَٰذَا حَلَالٌ وَهَٰذَا حَرَامٌ لِتَفْتَرُوا عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ مَتَاعٌ قَلِيلٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta “ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung. (Itu adalah) kesenangan yang sedikit; dan bagi mereka adzab yang pedih. [an-Nahl /16 : 116-117]

16. Ketika Saad bin Abi Waqqas sakit, Nabi Shallallahu Allahi Wassalam memerintahkan beliau untuk berubat dengan tabib bernama Al-Harits bin Kaladah. Al-Harits adalah seorang Arab bukan Islam, tidak pula Nabi kata supaya berubat dengan tabib beragama Islam sahaja dan boikot tabib bukan Islam?

17. Nabi juga pernah makan makanan yang dihidang oleh wanita Yahudi, Nabi tidak pernah mengharamkan atau menghalang umatnya makan atau berurusan dengan produk makanan keluaran non-Muslim selagi ianya Halal di sisi syarak.

Oleh: Halim Abdurrahman

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10211121271748064&id=1844875532

Daripada shareholder sendiri: Azmi Zainal is with Ganesh Kumar Nadarajah.

29 October 2018 at 15:07 · 

 
Ramai yang tidak tahu sebelum kami menceburi bidang pertanian kami adalah corporate man… bro Loi n Ganesh menerajui cenbond berhad tersenarai d BSKL dan brader adalah executive director salah sebuah anak syarikat tersebut… waktu tu tiap hari pakai tie kapak beb😅masa tu tahun 1997.

8 tahun dulu kami berganding bahu lagi, diterajui oleh loi dan di sokong oleh brader, kami bermula sebagai farmer… kami mula dari bawah, dengan 50 ekor lembu tenusu… loi bertindak sbg penjaga lembu@kandang… cuci kandang dan brader bertindak sbg salesman…dan bukan salesman aje, brader kena jadi merchandiser, promoter dan kadang2 driver… loi selalu kutuk brader kata brader dapat kerja part yg best, pakai smart2 pergi supermaket, jumpa buyer amoi🙈….entertainment… manakala dia kena cuci kandang, jadi bidan sambut lembu beranak😅… kena tanduk dgn lembu pun ado🤪🤪🤪.Dan dia selalu cakap..”asal kau bahagia dah la mi”🤪… kami berjaya menerajui Holstein dan FARM FRESH menjadi jenama susu segar no 1 negara.

Ramai juga rakan2 bertanya kenapa khazanah nak invest dlm kompeni kecil seperti kami dan x kurang juga bertanya apa istemewanya kami😅… kami tidak pernah menjawab tetapi sentiasa mengucapkan terimakasih atas keprcayaan khazanah terhadap kami… kami terus berusaha dan kami buktikan, pelaburan kerajaan sekiranya di uruskan dgn baik ia dapat memberi menafaat kepada ramai orang dan kami beri peluang dan lahir kan lebih 360 usahawan micropenuer dan ada diantara mereka yg telah mempunyai jualan jutaan ringgit setahun💪 dan kini purata pendapatan mereka meningakat RM 1k -RM 3k dgn keluaran produk UHT kami.

Bila bisnes dah bertambah besar kami berdua selalu cakap… kalau kita dapat bawak masuk Ganesh sure kepala kita x payah pening nak fikir pasal finance beb… Ganesh mmg salah seorang top banker bersama sebuah bank yg punyai pengalaman yg luas dan pemikiran tajam… masa tu kami cakap2 je sbb blm mampu nak bayar anney ni(jual mahal ni)😅.

Kini gabungan kami bertambah lagi. Satu gabungan yg sangat cantik sususnan allah yg boleh d jadikan contoh oleh semua rakyat malaysia yg sekarang semakin renggang dan sangsi hubungannya, kami juga tidak terkecuali,…kami berbalah, kami berbeza pendapat… tetapi semua nya atas satu tujuan… untuk kemajuan syarikat kami. Kami ambil keputusan dan kami move on. Kami mengatur strategi dan membina keyakinan kami, kali ini kami fokus untuk menjadikan HOLSTEIN Syarikat tenusu terbaik asia tenggara, kami berusaha dan berkongsi kepakaran kami dan percaya ia akan tercapai sekiranya kami berusaha bersungguh2… kami jadikan perbezaan itu satu gabungan kekuatan agar dapat menyumbang sedikit pada ekonomi negara yg tercinta.

MALAYSIAN LETS MOVE ON💪💪💪

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1915690271800257&id=100000779097478

Categories: Opinion
Post reactions
Like (2)
Haha (0)
Love (1)
Sad (0)
Angry (1)
Related Posts
critic; critique; kritik, newsfeed

Kekuatan Ekonomi di Turki

2 months ago
kritik, critique; critic; newsfeed

Will Malaysia be colonised again?

2 months ago
critique, kritik

Opinion: The Burden of Privilege on the Malaysian Economy

2 months ago
critic; critique; kritik, newsfeed

Apa dah jadi dengan DUIT PUNGUTAN ZAKAT?

2 months ago
critic; critique; kritik; newsfeed

Opinion: An ethical approach to consumer data

3 months ago
newsfeed

COVID 19 – What else can we do?

3 months ago
Recent Posts
  • Lisbon to roll out fleet of electric ferries
  • Germany’s Federal Government stumps up €700m for 6G research
  • 5 cities that lead the way on renewables
  • Top Quality Malaysian Politician hard at Work
  • COVID-19: In the safety ranking, the top four are all Chinese vaccines
Recent Comments
    Archives
    • April 2021
    • March 2021
    • February 2021
    • January 2021
    • December 2020
    • November 2020
    • October 2020
    • September 2020
    • August 2020
    • July 2020
    • June 2020
    • May 2020
    • April 2020
    • March 2020
    • February 2020
    • January 2020
    • December 2019
    • November 2019
    • October 2019
    • September 2019
    • August 2019
    • July 2019
    • June 2019
    • May 2019
    • April 2019
    • March 2019
    • February 2019
    • January 2019
    • December 2018
    • November 2018
    • October 2018
    • September 2018
    • August 2018
    • July 2018
    • June 2018
    • May 2018
    • April 2018
    • March 2018
    • February 2018
    • January 2018
    • December 2017
    • November 2017
    • October 2017
    • September 2017
    • August 2017
    Categories
    • Advanced Technology
    • Agriculture
    • Arts & Literature
    • Banking and Financial
    • Business Services
    • Campaign
    • Consumer Products
    • Corporate News
    • Current Affairs
    • Customer Service
    • Cybersecurity
    • Digital Marketing
    • Economics
    • Editorial
    • Education
    • Entertainment
    • Entrepreneurship
    • Food and Beverage
    • Gig Economy
    • Healthcare
    • Human Resource
    • Humor
    • International Affairs
    • Investment
    • Leadership
    • Letters
    • Lifestyle
    • Opinion
    • Others
    • Personal Development
    • Politics
    • Productivity Tools
    • Public Services
    • Sales and Marketing
    • Scandals
    • Science and Technology
    • Service Providers
    • Smart City
    • Social Issues
    • Sports
    • Startup
    • Strategic Management
    • Tourism and Hospitality
    • Transportation
    • Travel and Leisure
    • Utilities
    Login with your Social Account
    Kritik © 2017-2019 ZOHL Web Services | All Rights Reserved.
    A Division of ZOHL Industries Sdn Bhd (351827-A)
    • Home
    • About Us
    • Content Policy
    • Privacy Policy
    • Terms of Use
    • Disclaimer
    • Contact Us
    • Feed

    This site is best viewed with 1400x900 resolution (all browsers) and with IE 10.0 version only