Tuesday, January 19
News Aggregation Center | Social Listening Post
Like Haha Love Sad Angry
 
Kritik
  • Home
  • About Us
  • Categories
    • Arts and Literature
    • Banking and Financial
    • Business Services
    • Campaign
    • Consumer Products
    • Current Affairs
    • Economics
    • Education
    • Entertainment
    • Food and Beverage
    • Healthcare
    • International Affairs
    • Kritik’s Newsletters
    • Letters
    • Lifestyle
    • Opinion
    • Personal Development
    • Politics
    • Public Services
    • Science & Technology
    • Service Providers
    • Social Issues
    • Sports
    • Tourism and Hospitality
    • Transportation
    • Travel and Leisure
    • Utilities
    • Others
  • Hot Topics
  • Video
  • Contact Us
  • Feedback
  • FAQ?
user avatar
Register Log In
social listening post

HEBATKAN RASUAH DATO’ SERI NAJIB

Krit@@dm1N kritik
2 years ago
467 views

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Anda mungkin kenal saya. Saya bekas Ahli Parlimen Pandan yang sering ditahan polis, disaman dan dijatuhkan hukuman penjara kerana membongkarkan rasuah dan penyelewengan mereka yang berkuasa.

Mungkin masih ada yang ingat skandal-skandal yang saya bongkarkan itu adalah fitnah. Kebelakangan ini, Dato’ Seri Najib cuba mempopularkan kononnya semua tuduhan mengenai penyelewengan yang berlaku di bawah pentadbiran beliau adalah fitnah semata-mata.

Setiap kali saya menyemak sesuatu kes, saya bersandarkan kepada laporan kewangan yang telah diaudit. Saya tidak pernah tampil mengenai sesuatu isu kecuali tanpa bukti dari laporan kewangan yang telah diaudit, lagi pun saya seorang juru audit dan akauntan bertauliah yang mendapat tauliah di United Kingdom.

Kesemua angka-angka mengenai sesuatu skandal kewangan datang dari laporan kewangan yang diaudit.

Misalnya, saya mula-mula menyiasat skandal 1MDB kerana laporan kewangan anak syarikat 1MDB, iaitu SRC International Sdn Bhd menunjukkan bagaimana Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) iaitu tabung pencen negara telah memberi pinjaman RM4,000 juta kepada 1MDB untuk melabur di Mongolia.

Dari laporan tahunan kewangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) pula, saya berjaya mengesan bagaimana dana pencen pesara tentera telah jatuh mendadak sejak LTAT terlibat di dalam projek 1MDB.

Begitu juga dengan Felda. Saya mula membongkarkan kepincangan kewangan dalam Felda berdasarkan penyata kewangannya yang diaudit dari tahun 2011 sehingga tahun 2016. Angka-angka yang diaudit Ketua Audit Negara ini dengan jelas menunjukkan jumlah wang Felda yang telah dibelanjakan.

Sama juga dengan Tabung Haji. Saya hanya menampilkan analisa kewangan bagi menyokong hujah Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Gabenor Bank Negara bahawa rizab Tabung Haji telah menjadi negatif dan analisa itu datang dari penyata kewangan Tabung Haji sendiri.

Sumber maklumat yang membolehkan saya mendedahkan skandal MARA pula datangnya dari dokumen-dokumen jual beli yang difailkan di Australia dan dokumen Mahkamah Melbourne.

Anda juga sudah tentu tahu bahawa skandal NFC mula-mula disebut di dalam Laporan Ketua Audit Negara sendiri. Saya hanya menyiasat dengan lebih mendalam dan mendedahkan pembelian-pembelian dengan menjejaki setiap kondominium yang dibeli.

Jika anda tidak percaya, saya jemput baca beribu-ribu muka surat dokumen yang berdasarkan dokumen-dokumen rasmi ini yang telah diaudit bagi setiap skandal yang saya bongkar, seperti pautan-pautan yang tertera di skrin:

Skandal 1MDB: 118 dokumen di http://rafiziramli.com/category/1mdb/
Skandal Felda: 47 dokumen di http://rafiziramli.com/category/felda/
Skandal Tabung Haji: 31 dokumen di http://rafiziramli.com/category/tabung-haji/
Skandal NFC: 52 dokumen di http://rafiziramli.com/category/skandal-nfc/
Skandal LTAT: 16 dokumen di http://rafiziramli.com/category/ltat/
Skandal MARA: 21 dokumen di http://rafiziramli.com/category/mara/

Anda akan dapat saksikan sendiri bahawa semua skandal ini adalah dari dokumen-dokumen kerajaan dan penyata kewangan yang diaudit. Skandal-skandal ini juga tidak dinafikan atau dijelaskan sebaiknya oleh pentadbiran Dato’ Seri Najib, kecuali menuduh saya menjaja fitnah.

Fitnah adalah mereka-reka cerita yang tidak wujud. Fitnah adalah berkata bohong.

Apabila saya mendedahkan bagaimana wang rakyat sebanyak RM250 juta telah diselewengkan untuk membeli kondominium dan bukannya menternak lembu seperti yang sepatutnya, pimpinan Umno tidak menafikan pun bahawa kondominium-kondominium telah dibeli atas nama keluarga Dato’ Seri Shahrizat. Mereka menuduh saya memfitnah atas alasan kononnya tindakan membeli kondominium menggunakan wang rakyat itu tidak salah, kerana mereka berhak membelanjakan wang yang dipinjam itu.

Sama juga keadaannya dengan Tabung Haji. Sehingga kini Dato’ Seri Najib dan Tabung Haji tidak pun menafikan bahawa rizab Tabung Haji pada tahun-tahun 2014 dan 2015 adalah negatif, seperti pendedahan saya. Mereka juga tidak menafikan bahawa Tabung Haji telah membayar dividen lebih dari keuntungan yang dijana dari perniagaan. Mereka juga tidak menafikan bahawa Tabung Haji kerugian berbilion ringgit dari pelaburan-pelaburan yang gagal di dalam FGV, TH Heavy Engineering dan pelbagai pelaburan lain.

Mereka menuduh saya memfitnah kerana kononnya di sebalik segala kerugian itu, disebalik rizab Tabung Haji yang negatif – itu tidak mempengaruhi keutuhan kewangan Tabung Haji.

Kaedah menutup skandal dengan menuduh saya memfitnah ini digunapakai dalam semua skandal yang lain juga. Tidak pernah sekali pun Dato’ Seri Najib menafikan angka-angka yang saya bentangkan mengenai kedudukan kewangan Felda. Sudah tentu mereka tidak boleh menafikannya kerana angka itu datang dari penyata kewangan yang diaudit serta jawapan-jawapan menteri di parlimen.

Dato’ Seri Najib tidak menafikan bahawa hutang kumpulan Felda telah meningkat menjadi RM12 bilion setakat 2017, sedangkan Felda tiada hutang sebelum beliau mengambil alih. Tan Sri Shahrir tidak menafikan bahawa wang tunai simpanan Felda telah merosot dari RM4 bilion dalam tahun 2011 kepada RM434 juta sahaja di akhir 2016.

Sehingga sekarang mereka tidak menjawab soalan saya: ke mana perginya RM7 bilion yang telah dibelanjakan di antar tahun 2011 hingga 2017? Siapa yang dapat RM7 bilion ini?

Sebaliknya, mereka menuduh saya memfitnah kerana kononnya walaupun semua angka ini benar, tetapi tiada berlaku sebarang penyelewengan di dalam Felda. Felda hanya rugi kata mereka, sama seperti perniagaan lain pun rugi. Bila saya mempersoalkan kerugian yang melampaui batas ini, jawab mereka saya telah memfitnah.

Pakatan Harapan selalu dituduh kononnya kami ini kuda tunggangan DAP yang meruntuhkan institusi Melayu.

Satu hari nanti, saya yakin sejarah akan mencatatkan bahawa anak-anak Melayu dari Pakatan Harapanlah yang masuk ke penjara mempertahankan institusi Melayu seperti Felda, Tabung Haji, MARA, LTAT dan lain daripada dirompak.

Oleh sebab sayangkan institusi Melayu seperti inilah saya berdepan dengan 14 kes dan 4 tahun hukuman penjara, kerana saya tahu pemimpin datang dan pergi, tetapi institusi yang memegang wang Melayu yang rata-rata miskin, ini perlu dipertahankan demi kebajikan dan masa depan orang Melayu.

Sudah tiba masanya kita mengangkat Melayu yang jujur, pintar, rajin dan amanah untuk mempertahankan institusi-institusi Melayu ini. Cukup-cukuplah kita menjadi saksi bagaimana pak menteri, mak menteri dan keluarga mereka memperkudakan nama Melayu demi kemewahan mereka.

Undi Pakatan Harapan, Bina Semula Negara.

Categories: Opinion
Post reactions
Like (4)
Haha (0)
Love (1)
Sad (0)
Angry (0)
Related Posts
newsfeed

COVID 19 – What else can we do?

2 days ago
2021 Budget – Lessons Not Learned!

2021 Budget – Lessons Not Learned!

2 months ago
newsfeed; news critique; kritik

Mohamed Ghouse Nasuruddin : MALAYS MUST WAKE UP TO RUSE OF ELITES

2 months ago
newsfeed; news critique; kritik

Pengkhianatan bos GLC terhadap orang Melayu miskin

2 months ago
critique, kritik

Commentary: The never-ending political game of Mahathir Mohamad

2 months ago
critique; kritik

Darurat, Mudarat dan Food Panda

3 months ago
Recent Posts
  • The megalomania of US tech oligarchs is balkanising the internet
  • COVID 19 – What else can we do?
  • IS IT THE HEALTHCARE SERVICES, DG OR PM AT BREAKING POINT?
  • Global spend on digital transformation to top $6.8 trillion in next two years
  • Commentary: A convenient state of emergency amid challenging times in Malaysia
Recent Comments
    Archives
    • January 2021
    • December 2020
    • November 2020
    • October 2020
    • September 2020
    • August 2020
    • July 2020
    • June 2020
    • May 2020
    • April 2020
    • March 2020
    • February 2020
    • January 2020
    • December 2019
    • November 2019
    • October 2019
    • September 2019
    • August 2019
    • July 2019
    • June 2019
    • May 2019
    • April 2019
    • March 2019
    • February 2019
    • January 2019
    • December 2018
    • November 2018
    • October 2018
    • September 2018
    • August 2018
    • July 2018
    • June 2018
    • May 2018
    • April 2018
    • March 2018
    • February 2018
    • January 2018
    • December 2017
    • November 2017
    • October 2017
    • September 2017
    • August 2017
    Categories
    • Advanced Technology
    • Agriculture
    • Arts & Literature
    • Banking and Financial
    • Business Services
    • Campaign
    • Consumer Products
    • Corporate News
    • Current Affairs
    • Customer Service
    • Cybersecurity
    • Digital Marketing
    • Economics
    • Editorial
    • Education
    • Entertainment
    • Entrepreneurship
    • Food and Beverage
    • Gig Economy
    • Healthcare
    • Human Resource
    • Humor
    • International Affairs
    • Investment
    • Leadership
    • Letters
    • Lifestyle
    • Opinion
    • Others
    • Personal Development
    • Politics
    • Productivity Tools
    • Public Services
    • Sales and Marketing
    • Scandals
    • Science and Technology
    • Service Providers
    • Smart City
    • Social Issues
    • Sports
    • Startup
    • Strategic Management
    • Tourism and Hospitality
    • Transportation
    • Travel and Leisure
    • Utilities
    Login with your Social Account
    Kritik © 2017-2019 ZOHL Web Services | All Rights Reserved.
    A Division of ZOHL Industries Sdn Bhd (351827-A)
    • Home
    • About Us
    • Content Policy
    • Privacy Policy
    • Terms of Use
    • Disclaimer
    • Contact Us

    This site is best viewed with 1400x900 resolution (all browsers) and with IE 10.0 version only