Thursday, April 15
News Aggregation Center | Social Listening Post
Like Haha Love Sad Angry
 
Kritik
  • Home
  • About Us
  • Categories
    • Arts and Literature
    • Banking and Financial
    • Business Services
    • Campaign
    • Consumer Products
    • Current Affairs
    • Economics
    • Education
    • Entertainment
    • Food and Beverage
    • Healthcare
    • International Affairs
    • Kritik’s Newsletters
    • Letters
    • Lifestyle
    • Opinion
    • Personal Development
    • Politics
    • Public Services
    • Science & Technology
    • Service Providers
    • Social Issues
    • Sports
    • Tourism and Hospitality
    • Transportation
    • Travel and Leisure
    • Utilities
    • Others
  • Hot Topics
  • Video
  • Contact Us
  • Feedback
  • FAQ?
user avatar
Register Log In
national hero

KENYATAAN MEDIA IPEGUAM BERHUBUNG PEMBUNUHAN MUHAMMAD ADIB BIN MOHD KASSIM.

Krit@@dm1N kritik
2 years ago
601 views

Innalillahi Wa Inna ilaihi Raji’un.

Sebagai mewakili iPeguam, saya ingin merakamkan ucapan Ta’ziah kami kepada keluarga Al Marhum di atas kembalinya Al Marhum ke rahmat Allah setelah berminggu-minggu berjuang menyabung nyawa di Institut Jantung Negara. Semoga Allah SWT menempatkan ruh Al Marhum bersama para Syuhadaa, Amilin dan Solihin. Juga semoga keluarga Al Marhum tabah dan sabar mengharungi taqdir Allah ini.

Pertama sekali, iPeguam ingin menyatakan bahawa kematian Muhammad Adib Bin Mohd Kassim bukan berkaitan isu ras atau warna kulit tetapi kerakusan golongan kapitalis, pengurusan kuil Seafield yang kucar kacir, kemarahan yang tidak terkawal dan emosional, kelambatan bertindak pihak berkuasa dan juga keserakahan nafsu politikus oportunis.

Meskipun mangsa yang meninggal adalah seorang Muslim, umat Islam telah menunjukkan contoh tauladan yang membanggakan dengan tidak melakukan tindakbalas yang boleh meruncingkan lagi keadaan. Masyarakat India juga secara umumnya telah mempamerkan satu contoh yang terpuji dengan tidak memburukkan lagi keadaan.

Pemukulan secara beramai-ramai (mob-lynching) yang kini telah diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh perlu ditangani dengan bijak, segera dan profesional ke arah pendakwaan undang-undang terhadap mereka yang telah menyebabkan kematian ini. Masyarakat awam tidak akan berpuashati melainkan setelah menyaksikan sendiri bagaimana sistem kehakiman negara memberikan keadilan kepada keluarga mangsa dan menjatuhkan hukuman setimpal ke atas semua yang tertuduh.

Umum juga tidak akan melupai helah dan muslihat pihak-pihak yang cuba mengalihkan isu, memberi kenyataan yang palsu dan memutarbelitkan fakta-fakta kejadian.

Yang patut didakwa sama ialah Menteri Perpaduan yang telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan bersifat menghasut dan tidak bertanggungjawab dan sehingga kini masih enggan meminta maaf kepada rakyat Malaysia, umat Islam dan juga masyarakat India sendiri. Kerana apa? Sebab dia telah cuba menimbulkan suasana tidak harmoni dan tegang di antara masyarakat Islam dan India.

Pihak-pihak yang turut sama memikul tanggungjawab secara tidak langsung kepada kematian Muhammad Adib ialah pihak-pihak yang cuba melepaskan diri sendiri dan mencari alasan dari terpalit dengan insiden yang telah meragut nyawa seorang pegawai Jabatan Bomba Dan Penyelamat. Mereka terdiri dari pihak pemaju, peguam, samseng upahan, pengurusan kuil, ahli-ahli politik dan Menteri, mengikut kadar dan nisbah yang berbeza-beza.

Menteri Perpaduan Negara sudah sepatutnya dipecat dari awal lagi.

Tragedi ini berpunca dari isu pampasan kewangan dan pemindahan kuil ke tapak baharu, tetapi telah bertukar menjadi insiden berdarah dan rusuhan yang membawa kepada kematian seorang rakyat Malaysia. Nilai sebenar kuil yang menjadi rebutan adalah nyawa seorang anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Kematian Muhammad Adib sepatutnya menjadi satu semboyan kesatuan dan peringatan bahawa ahli-ahli politik sama sekali tidak boleh dibenarkan untuk menyulut api pertelingkahan dan sengketa sesama rakyat Malaysia atau menimbulkan keretakan pada hubungan kaum yang amat sensitif ketika ini. Juga sebagai satu indikasi bahawa insiden-insiden yang melibatkan sensitiviti kaum perlu dicegah dari merebak hingga menggugat kestabilan hidup bermasyarakat secara harmonis.

Walau bagaimanapun, kebersamaan mana-mana pihak dengan pihak pemerintah tidak boleh dijadikan perisai untuk melindungi mana-mana ahli politik yang ghairah menghasut dan mengadu domba rakyat dengan rakyat dan sesama penganut agama.

Umat Islam dan rakyat Malaysia umumnya masih yakin dan menghormati undang-undang dan sistem kehakiman negara. Institusi inilah antara pihak yang diharapkan untuk mendapat keadilan terhadap tindakan kezaliman, salahguna kuasa, rasuah, hasutan dan ketidakstabilan.

Di dalam kes kematian Muhammad Adib, rakyat dan umat Islam ingin menyaksikan sama ada sistem perundangan negara dan instutusi kehakiman benar-benar berwibawa dan berani menjalankan tugasnya tanpa memihak, mengampu atau tunduk kepada mana-mana tekanan atau campurtangan politik.

Muhammad Adib telah kembali kepada Sang Pencipta. Hakikat kematian ini adalah satu keyakinan yang tersemat di dada setiap Muslim. Keluarga Al Marhum sedang diuji dengan kehilangan ahli keluarga mereka yang tersayang.

Di sebalik kedukaan ini, negara dan sistem kehakiman juga sedang diuji – apakah kematian Muhammad Adib akan diabadikan di dalam buku sejarah atau dilupakan dalam lipatan-lipatan sejarah?

Sekiranya harga sebuah kuil telah dibayar dengan nyawa seorang anggota pasukan Bomba, apakah harga yang perlu dibayar oleh rakyat Malaysia untuk mendapat keadilan dan menyelami makna daripada keceluparan dan hawa nafsu ahli-ahli politik?

Pihak kerajaan yang sering mencanangkan kalimat “Rule of Law”, tadbirkelola yang telus dan pertanggungjawaban (accountability) di bawah iklim pemerintahan yang baharu tidak mempunyai apa-apa helah lagi untuk bertindak dengan cara yang tidak berwibawa. Kepentingan masyarakat dan kemaslahatan awam tidak boleh ditundukkan di bawah slogan membela hak beberapa individu.

Pepatah mengatakan: Justice Delayed Is Justice Denied.

Justeru itu, iPeguam mendesak supaya pihak Peguam Negara dan pihak polis tidak berlengah dalam mendakwa pihak-pihak yang terlibat di dalam pembunuhan ini. Tidak boleh ada kelewatan atau berlapik alasan lagi sebab rakyat juga sedang “menghakimi” anda semua.

Sebarang kelewatan pihak kerajaan, Peguam Negara dan PDRM dalam membawa mereka yang tertuduh ke muka pengadilan hanya akan memberi isyarat bahawa anda semua tidak serius di dalam usaha-usaha reformasi institusi di dalam kerajaan baharu ini dan sekadar retorika untuk memenangkan agenda politik semata-mata.

iPeguam juga mendesak supaya pihak kerajaan mengkaji balik keputusan Kabinet pada 10hb Oktober 2018 yang lalu untuk memansuhkan hukuman mati di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dengan niat.

Keadilan tidak akan tercapai dan kemanan serta keselamatan nyawa tidak akan dijamin apabila perbuatan membunuh manusia lain hanya dibalas dengan hukuman penjara maksima 30 tahun sahaja. Ini juga akan memberi satu mesej bahawa para penjenayah dan pembunuh seolah-olah akan “dilindungi” oleh undang-undang dan sistem perundangan negara hukuman yang tidak setimpal dengan jenayah bunuh yang telah dilakukan.

Negara sudah kehilangan seorang rakyat berdedikasi bernama Muhammad Adib.

Berapa ramai Muhammad Adib lagikah perlu dikorbankan untuk rakyat menikmati erti keamanan dan jaminan keselamatan pada masa hadapan?

Muhammad Luttfi Abdul Khalid
Pengerusi, Ikatan Peguam Muslim Malaysia
(iPeguam)

Bertarikh: 18hb Disember 2018.

#KeadilanUntukMuhammadAdib
#PecatMenteriPerpaduan
#KembalikanHukumanMati

Categories: Letters
Post reactions
Like (3)
Haha (0)
Love (0)
Sad (0)
Angry (0)
Related Posts
critic; critique; kritik; newsfeed

Commentary: A convenient state of emergency amid challenging times in Malaysia

3 months ago
critic; critique; kritik, newsfeed

PENJAWAT AWAM SUDAH BERCAKAP.

5 months ago
DAP Chauvenistic pig

Covid-19: An open letter to PM from Matthias Chang

12 months ago
critique, kritik

Robbed by phone calls: How I lost RM95,000

2 years ago
DAP Chauvenistic pig

One Evil Plot After Another, One Coup Attempt After Another. Who Is The Mastermind?

2 years ago
critique, kritik

PENUMPANG LUPA DARATAN

2 years ago
Recent Posts
  • Lisbon to roll out fleet of electric ferries
  • Germany’s Federal Government stumps up €700m for 6G research
  • 5 cities that lead the way on renewables
  • Top Quality Malaysian Politician hard at Work
  • COVID-19: In the safety ranking, the top four are all Chinese vaccines
Recent Comments
    Archives
    • April 2021
    • March 2021
    • February 2021
    • January 2021
    • December 2020
    • November 2020
    • October 2020
    • September 2020
    • August 2020
    • July 2020
    • June 2020
    • May 2020
    • April 2020
    • March 2020
    • February 2020
    • January 2020
    • December 2019
    • November 2019
    • October 2019
    • September 2019
    • August 2019
    • July 2019
    • June 2019
    • May 2019
    • April 2019
    • March 2019
    • February 2019
    • January 2019
    • December 2018
    • November 2018
    • October 2018
    • September 2018
    • August 2018
    • July 2018
    • June 2018
    • May 2018
    • April 2018
    • March 2018
    • February 2018
    • January 2018
    • December 2017
    • November 2017
    • October 2017
    • September 2017
    • August 2017
    Categories
    • Advanced Technology
    • Agriculture
    • Arts & Literature
    • Banking and Financial
    • Business Services
    • Campaign
    • Consumer Products
    • Corporate News
    • Current Affairs
    • Customer Service
    • Cybersecurity
    • Digital Marketing
    • Economics
    • Editorial
    • Education
    • Entertainment
    • Entrepreneurship
    • Food and Beverage
    • Gig Economy
    • Healthcare
    • Human Resource
    • Humor
    • International Affairs
    • Investment
    • Leadership
    • Letters
    • Lifestyle
    • Opinion
    • Others
    • Personal Development
    • Politics
    • Productivity Tools
    • Public Services
    • Sales and Marketing
    • Scandals
    • Science and Technology
    • Service Providers
    • Smart City
    • Social Issues
    • Sports
    • Startup
    • Strategic Management
    • Tourism and Hospitality
    • Transportation
    • Travel and Leisure
    • Utilities
    Login with your Social Account
    Kritik © 2017-2019 ZOHL Web Services | All Rights Reserved.
    A Division of ZOHL Industries Sdn Bhd (351827-A)
    • Home
    • About Us
    • Content Policy
    • Privacy Policy
    • Terms of Use
    • Disclaimer
    • Contact Us
    • Feed

    This site is best viewed with 1400x900 resolution (all browsers) and with IE 10.0 version only