Social Issues

Kisah Mat Bangla dan Pemandu Teksi

Pagi ini aku hantar seorang pekerja Bangladesh ke lapangan terbang. Masanya telah tiba untuk dia pulang ke negaranya.

Sewaktu dalam perjalanan aku berbual seperti biasa. Aku kan suka banyak bertanya. Dah macam IO. Tak salah bukan ?

Satu demi satu soalan aku dijawab oleh Hussein dengan tenang sehinggalah ke soalan terakhir.

Dia terdiam. Aku asak lagi dengan soalan yang sama. Selagi tak dapat jawapan aku akan terus menerus menyoal. Hahaha.

Akhirnya dia menjawap. Yes… Dapat juga jawapan yang aku nak.

Nak tahu apa soalan yang aku tanya ?

Ini dia soalannya,

“Berapa banyak duit yang dia bawa balik sepanjang lima tahun di sini.’

Kau mesti nak tahu juga kan ?

Sebelum itu aku nak beritahu yang Hussein bekerja sebagai pekerja yang mengangkut sampah yang kita buang setiap hari.

Mengikut kata Hussein, lima tahun dia berada di sini, dia mampu menyimpan duit sebanyak RM60k.

Apa… ?

Ya, RM60 ribu.

Aku pun bertanyalah bagaimana dia boleh simpan duit sebanyak itu ?

Ini jawapan dia.

Setiap bulan dia menerima gaji sebanyak RM1200 dan separuh dari itu dia simpan.

Dia dan 7 orang lagi rakan sekerja akan keluarkan RM 600 setiap seorang bila dapat gaji setiap bulan. Ini bermakna belanja untuk sebuah rumah adalah RM4800.

Wang ini digunakan untuk membayar sewa rumah, bayar segala bil dan juga untuk membeli barang dapur.

Aku terus berkira-kira. RM600 x 12 bulan x 5 tahun, baru dapat RM36 ribu. Baki RM24 ribu lagi datang dari mana ?

Hussein menjelaskan yang baki itu datang dari sampah yang dia kutip.

Kalau kita perasan, mereka akan asingkan barangan bila mengutip sampah. Hasil barangan yang boleh dikitar semula itulah dijual dan duitnya dikongsi sama rata bersama kawan lain.

Fuh hebat budak-budak Bangladesh ini.

Disamping itu, mereka akan mengayuh basikal ke tempat kerja. Banyak duit dapat dijimatkan.

Hussein dan rakan-rakan tidak keluar berhibur kecuali jika ada cuti yang panjang seperti Hari Raya Haji dan Tahun Baru Cina. Tempat yang mereka pergi aku rasa kita semua pun tahu. Kalau tidak ke Klcc pasti mereka akan ke Pasar Seni.

Kata Hussein lagi, sebenarnya semua orang boleh capai seperti apa yang dia dapat sekiranya,

1. Tidak malu untuk kutip sampah.
2. ‎Belanja dengan berhemah
3. ‎Kurangkan makan di luar, berhibur dan buat benda tak berfaedah.
4. ‎Sanggup susah dahulu untuk kesenangan masa depan
5. ‎Jujur dalam kerja
6. ‎Sentiasa doa minta pada Tuhan.

Deep sungguh pesanan Hussein. Dah boleh jadi pakar motivasi. Hihihi.

Sampai di Klia 2, Hussein hulur duit RM100. Aku bagi baki tapi dia tolak.

‘Abang simpan. Itu rezeki abang.’

Aku cuma mampu ucap terima kasih.

Hussein akan ke sini lagi tetapi tidak tahu bila. Dia ada impian. Balik ke Bangladesh pun kerana sudah bersedia menjadi seorang suami.

Dia ucap terima kasih pada rakyat dan Kerajaan Malaysia sebab beri peluang oada dia cari rezeki di negara ini.

Dalam perjalanan pulang, aku terfikir, alangkah bagusnya jika anak muda yang tidak bekerja melakukan apa yang Hussein dan rakannya buat selama lima tahun ini.

Ayuh anak muda. Usah bermalasan lagi.

Bangkit !!!

Abang Teksi
Shah Alam.

 206 Total Page Views,  1 Views Today

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button