Education

“Laa kau dapat masuk poli ‘je’ ke?”

 

          Itu ayat yang sering dikatakan oleh pelajar-pelajar universiti kepada pelajar-pelajar yang dapat menuntut dia politeknik. Apa salah belajar di politeknik? Tidak ada beza pun politeknik dengan universiti awam yang lain. Cara pembelajaran juga tidak terlalu berbeza. Di politeknik mereka lebih kepada pembelajaran secara teknikal berbanding teori. Politeknik mempraktik kan pelajar mereka belajar lebih kepada teknikal supaya dapat masuk ke alam pekerjaan dengan baik.

       Ramai yang memandang rendah kepada politeknik. Pelajar lepasan spm yang mendapat 6A,7A juga ada menuntut di politeknik. Pensyarah yang mengajar di politeknik juga kebanyakan nya mununtut di politkenik sebelum melangkah ke university lain. Jangan lah memandang rendah kepada seseorang hanya kerana mereka belajar di politeknik. Setiap orang mempunyai rezeki yang berbeza. Tidak semestinya masuk ke politeknik mereka tidak boleh Berjaya dimasa akan datang. Ada juga yang mengatakan bila belajar di politeknik “senang score A”. sebenar nya tidak. Seperti peribahasa ini “kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya” sama juga di institut lain. Siapa berusaha dia lah yang dapat kejayaan. Bukan bergantung pada tempat belajar. Ini bergantung kepada diri pelajar itu sendiri.

     Politeknik juga mempraktikan pelajar mereka menjalani latihan industri selama 6 bulan iaitu bersamaan satu semester untuk memudahkan mereka untuk memasuki alam pekerjaan. Tidak perlu lah diskriminasi dengan memandang rendah kepada pelajar politeknik. Mereka juga manusia biasa.

Loading

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button