Current AffairsLettersSocial Issues

Mohon berlaku ADIL. Siasat mereka yg berkaitan. UMMAH SEDANG BERDUKA

Pemergian seorang pejuang negara Allahyarham Muhammad Adib sangat dirasai keseluruhan ummat Melayu Islam di Malaysia. Malah rakan-rakan non-muslim saya juga turut menyatakan rasa hiba dan duka diatas berita ini.

Muhammad Adib tidaklah berbuat apa pada malam kejadian melainkan menunaikan tanggungjawabnya pada pertiwi. Semoga Allah mengurniakan buatnya Syurga yang tertinggi.

Disebalik kedukaan ini, ummah harus bangkit. Ummah mendesak agar mereka yang bertanggungjawab atas perginya insan pejuang tidak bersalah ini dihadapkan kemuka pengadilan dan dibalas dengan balasan setimpal!

Mereka yang bertanggungjawab adalah;

1. Pihak pemaju yang dikatakan mengupah gangster untuk memecah masuk kuil. – pastikan taukey pemaju One City ini tidak dilepaskan begitu sahaja siasat sampai ke lubang cacing!

2. Pihak Kuil yang menerima duit dan tanah pampasan namun melarikan diri dan berdegil untuk tidak mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh mahkamah – siasat dan tolong bertegas mempertahankan undang-undanv negara ini! Mereka juga BERBOHONG apabila memutarbelit fakta bahawa Adib dilanggar bukan dipukul! Ini tidak boleh diterima akal!

3. Menteri Perpaduan Waythamoorthy anak lelaki Ponnusamy dan rakan-rakan yang berbuat sidang media – Waytha mesti letak jawatan dalam masa 24 jam dari sekarang! Ummah mendesak menteri perpecahan ini supaya berundur, disiasat dan dikenakan tindak dibawah Akta Hasutan dengan segera!

4. Pemimpin Hindraf yang berada dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor bernama V Ghanabathirau – beliau yang menulis di FB menyatakan kumpulan muslim yang menyerang kuil itu perlu dipecat dalam tempoh segera!

5. Perusuh kuil – kita mahu perusuh yang terlibat pada malam kejadian dihadapkan ke mahkamah dan dituduh dibawah Akta 302 Kanun Keseksaan yang menyebabkan kematian!

Menteri-menteri, ahli politik, kamu jangan sesekali menyuruh ummat ini bersabar & bertenang lagi!

Kerana kami ini sudah cukup tenang dan bersabar berhadapan dengan kalian semua!

Hanya yang boleh menenangkan kami hanyalah apabila 5 desakan diatas DITUNAIKAN!

Sebarkan sampai ditunaikan!

Hazwan Mohamad,
Presiden,
Professional Muslim Community (PMC),
Timbalan Pengerusi UMMAH Wilayah Persekutuan.
18 Disember 2018.

#justice4adib
#waythamustresign
#pecatghana

 158 Total Page Views,  1 Views Today

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button