Thursday, April 15
News Aggregation Center | Social Listening Post
Like Haha Love Sad Angry
 
Kritik
  • Home
  • About Us
  • Categories
    • Arts and Literature
    • Banking and Financial
    • Business Services
    • Campaign
    • Consumer Products
    • Current Affairs
    • Economics
    • Education
    • Entertainment
    • Food and Beverage
    • Healthcare
    • International Affairs
    • Kritik’s Newsletters
    • Letters
    • Lifestyle
    • Opinion
    • Personal Development
    • Politics
    • Public Services
    • Science & Technology
    • Service Providers
    • Social Issues
    • Sports
    • Tourism and Hospitality
    • Transportation
    • Travel and Leisure
    • Utilities
    • Others
  • Hot Topics
  • Video
  • Contact Us
  • Feedback
  • FAQ?
user avatar
Register Log In
critique, kritik

Pengalaman ku membesar bersama kaum Cina

Krit@@dm1N kritik
2 years ago
537 views

Tak, aku tak pernah kena buli selama aku membesar dengan komuniti Cina, dari sekolah rendah Kheow Bin Batu Caves, naik ke Persendirian Chong Hwa KL, sampai ke Jinan Guangzhou; tak pernah sekali aku kena buli dalam bentuk fizikal.

Dari segi oral dan mental, ada lah satu dua kali tu, tapi aku tak simpan dendam, malah aku jadikan ianya sebagai satu semangat untuk maju ke depan sebagai seorang Melayu.

“Malaysia ni mundur sebab Melayu yang tadbir.”

Ayat ni aku ingat lagi, Yap Swee Kee yang cakap, waktu tu pakai seluar pendek putih dekat Chong Hwa Private, sekolah yang kena bayar RM 300 sebulan, setiap kelas ada penghawa dingin untuk keselesaan murid.

Sampai sekarang aku pegang ayat Swee Kee tu, dari situ aku dapat semangat untuk maju terus, dan dari situ aku tak berhenti menulis dekat media sosial untuk kebaikan orang macam aku; khususnya dalam hal berniaga.

Tak, aku masih ingat kawan-kawan Cina aku, aku tak pernah berdendam, marah tu mungkin ada. Chong Lek Kee, Yap Wei Khang, Zhang Xu Yang, Yap Wei Ling, Yang Chuan Ji, great friends with great memories.

Aku cuma agak emosi dengan diskriminasi kaum Cina dalam hal mencari karier dan pekerjaan, dan kemampuan bahasa Kebangsaan diorang sejak berzaman lamanya. Dua perkara ni yang buat aku terkilan sikit.

Yang dah lama follow aku, aku pernah ceritakan benda ni, bahawa aku nampak Cina dari negara lain, lancar dan fasih berkomunikasi dalam bahasa Kebangsaan diorang sendiri, sesuatu yang buat aku rasa cemburu sangat. Dari Cina Myanmar sampai ke Cina Madagascar, semua aku campur.

Menjadi seorang Melayu yang racist, jauh sekali. Isteri aku Cina Madagascar, aku makan pakai chopsticks, dan anak Melayu aku, aku masih letakkan nama keluarga “Chan” untuk identiti dia yang separuh Cina.

—————–

Kelebihan yang ada pada Cina Malaysia cuma satu je, hubungan bahasa dan budaya antara mereka dengan Tanah Besar China.

Itu yang membuatkan bisnes mereka cepat naik berbanding bangsa lain di Malaysia, selain daripada tahap kerajinan diorang yang tinggi.

Itu sebab, dalam masyarakat Cina, 关系 “guanxi” adalah perkara yang paling penting dalam hidup; hubungan atau network.

Orang Cina Malaysia kebanyakkanya berasal dari bahagian Selatan China, di mana di situlah pusat kepada otak-otak bisnes lahir; suku Teochew 潮州人, orang Cantonese 广东人, suku Hokkien 福建人, diorang ni memang dilahirkan untuk berniaga, berkiblatkan duit dan material.

Kau campaklah orang Foshan ni kat Afrika, dia akan buka restoran Cina dekat ceruk kampung. Kau pulaukanlah orang Chaozhou ni dekat hulu Kedah, dia akan buka satu kedai hardware dalam kampung Melayu.

“Business gets easy when you’re related.”

Cina Malaysia nak goreng bisnes dengan Cina China, apa susah, cerita je salasilah diorang dari kampung mana, nenek moyang dia dari suku mana, they are related, bukan sekadar bahasa yang sama, tapi keluarga yang dekat.

“Lah, kau kakinang 自己人 jugak ke? Okay, minggu depan aku hantar satu kontena ke Malaysia, kau jual dulu, duitnya kemudian.”

Itu kelebihan yang ada pada masyarakat Cina ni, the network.

Dan Wan Nong pernah jugak cerita kat aku, bangsa Cina ni risk takers.

“Boy ah, that kampung Melayu got no kedai lampu lah, we get stock from Foshan now, you got capital or not?” Campak duit, jalan. The family will support you to start a business dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Diorang ada bahasa,
Diorang ada network,
Diorang ada keluarga lama,
Diorang berani ambek risiko;
Bisnes jalan.

Source: https://www.facebook.com/100007343949659/posts/2297772090477567/

Categories: Opinion
Post reactions
Like (3)
Haha (0)
Love (1)
Sad (0)
Angry (0)
Related Posts
critic; critique; kritik, newsfeed

Kekuatan Ekonomi di Turki

2 months ago
kritik, critique; critic; newsfeed

Will Malaysia be colonised again?

2 months ago
critique, kritik

Opinion: The Burden of Privilege on the Malaysian Economy

2 months ago
critic; critique; kritik, newsfeed

Apa dah jadi dengan DUIT PUNGUTAN ZAKAT?

2 months ago
critic; critique; kritik; newsfeed

Opinion: An ethical approach to consumer data

3 months ago
newsfeed

COVID 19 – What else can we do?

3 months ago
Recent Posts
  • Lisbon to roll out fleet of electric ferries
  • Germany’s Federal Government stumps up €700m for 6G research
  • 5 cities that lead the way on renewables
  • Top Quality Malaysian Politician hard at Work
  • COVID-19: In the safety ranking, the top four are all Chinese vaccines
Recent Comments
    Archives
    • April 2021
    • March 2021
    • February 2021
    • January 2021
    • December 2020
    • November 2020
    • October 2020
    • September 2020
    • August 2020
    • July 2020
    • June 2020
    • May 2020
    • April 2020
    • March 2020
    • February 2020
    • January 2020
    • December 2019
    • November 2019
    • October 2019
    • September 2019
    • August 2019
    • July 2019
    • June 2019
    • May 2019
    • April 2019
    • March 2019
    • February 2019
    • January 2019
    • December 2018
    • November 2018
    • October 2018
    • September 2018
    • August 2018
    • July 2018
    • June 2018
    • May 2018
    • April 2018
    • March 2018
    • February 2018
    • January 2018
    • December 2017
    • November 2017
    • October 2017
    • September 2017
    • August 2017
    Categories
    • Advanced Technology
    • Agriculture
    • Arts & Literature
    • Banking and Financial
    • Business Services
    • Campaign
    • Consumer Products
    • Corporate News
    • Current Affairs
    • Customer Service
    • Cybersecurity
    • Digital Marketing
    • Economics
    • Editorial
    • Education
    • Entertainment
    • Entrepreneurship
    • Food and Beverage
    • Gig Economy
    • Healthcare
    • Human Resource
    • Humor
    • International Affairs
    • Investment
    • Leadership
    • Letters
    • Lifestyle
    • Opinion
    • Others
    • Personal Development
    • Politics
    • Productivity Tools
    • Public Services
    • Sales and Marketing
    • Scandals
    • Science and Technology
    • Service Providers
    • Smart City
    • Social Issues
    • Sports
    • Startup
    • Strategic Management
    • Tourism and Hospitality
    • Transportation
    • Travel and Leisure
    • Utilities
    Login with your Social Account
    Kritik © 2017-2019 ZOHL Web Services | All Rights Reserved.
    A Division of ZOHL Industries Sdn Bhd (351827-A)
    • Home
    • About Us
    • Content Policy
    • Privacy Policy
    • Terms of Use
    • Disclaimer
    • Contact Us
    • Feed

    This site is best viewed with 1400x900 resolution (all browsers) and with IE 10.0 version only