Public Services

PENGOTOR!!!

Nak cakap pasal mentaliti org kita sekarang ni pun aku x tau nak kata apa. Terutamanya bila kat tempat awam.
Aku nak komen pasal mentaliti kat tempat awam ni contoh kebersihan. Kita dh bnyak buat kempen bumi hijau la, bebas denggi la bagai tapi aku rasa cam xder effect langsung. Sebabnya? Dorang still buang sampah rata2. Paling teruk pun aku rasa buang sampah merata kat highway. Aduhai, haritu aku nak pergi SS15,Subang jaya, dalam perjalanan tu ada kereta depan suka-suka je campak sampah keluar tingkap. Tong sampah berlambak depan mata pun x reti ke nak buang? Kalau dalam kereta tu simpan la sampah tu kejap sementara tak jumpa tong sampah. Paling sedih, kebersihan kat masjid or surau teruk lagi2 kat dalam tandas.
Satu lagi rokok. Huh, mmg x dpt dielakkan. Dah rokok pastu beralih vape lak. Lagi teruk yg hisap ni budak2. Yg perokok ni pun tak tau etika ke? Teruk lagi bila dorang merokok kat restoran atau tmpat riadah. X fikir ke kat tempat tu ada keluarga yg bawak baby atau mengandung ke? Xder ke kat fikiran dorang ni kalau hisap kat sini x elok. Kalau ye nk merokok, cari la tmpat yg sesuai. Atau paling elok, berhenti merokok. Bnyak bersukan, lagi buat badan korang sihat, takde bazir duit camtu je. X yah menyusahkan orang
Satu benda yg aku nak komen ni bila org kita dalam public transport. X kisah la bas, lrt, keretapi ke apa. Orang tau la kau tu ramai kawan. Tapi kalau time call pun, x leh ke suara tu slow sikit??? Takde siapa nak dengar conversation kau. Tegur kang malu pulak, dah boleh sedar sendiri kot. Tak belajar sivik ke?

 217 Total Page Views,  1 Views Today

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button