OpinionPublic ServicesSocial IssuesTransportationUtilities

PERMASALAHAN PARKIR KERETA DI BANGUNAN KERAJAAN

Apabila tahap pemilikan kenderaan dan penggunaan kenderaan bertambah dikalangan penduduk, terutama penduduk bandar di Malaysia, timbul beberapa masalah yang berkaitan dengan tempat letak kereta di bandar-bandar iaitu ketidak-cukupan tempat letak kereta serta penawaran tempat letak kereta tidak menepati permintaan dari segi kawasan perletakkan dan sebagainya.

Putrajaya menunjukkan betapa terputusnya kerajaan daripada rakyat yang sepatutnya menjadi tumpuan khidmat mereka, melihat kepada kekurangan bangunan bertumpuan rakyat di Pusat Pentadbiran negara itu. Mengambil kekurangan tempat letak kereta untuk orang ramai di bangunan-bangunan kerajaan sebagai contoh. Kemudahan dibina untuk rakyat, maka menjadi tanggungjawab perkhidmatan awam menyediakan tempat letak kereta secukupnya dan ruang menunggu yang selesa. Penjawat awam sepatutnya memberi kepada rakyat, kerana cukai dibayar untuk membayar gaji perkhidmatan awam.

Sebaliknya, perkhidmatan awam hanya memberi khidmat kepada diri sendiri, dengan tanda tertera ‘Kakitangan Sahaja’, seperti lot tempat kereta tempahan. Rakyat patut diberi keselesaan sebanyak mungkin kerana memberi khidmat kepada kami, bukan sebaliknya. Dalam masa yang sama juga, masalah kesesakan tempat letak kereta di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan bagaikan tiada kesudahan.

Keluh kesah dan rugutan pengunjung yang terpaksa berpusing berjam-jam mencari petak letak kereta bukan lagi luar biasa. Ini terutamanya pengunjung yang mempunyai urusan di Parcel B, C dan E di Presint 2. Biarpun Perbadanan Putrajaya (PPj) telah menyediakan kawasan letak kereta di Presint 2, 3 dan 4 bagi membolehkan orang ramai meletak kenderaan seterusnya membuat urusan di beberapa pejabat kerajaan di situ, kemudahan itu tetap tidak mencukupi.

Jika di Georgetown, Pulau Pinang pula, masalah kekurangan parkir bukan isu baharu yang menghantui penduduk di negeri ini malah dilihat semakin melarat sejak kebelakangan ini. Kekurangan lot parkir yang disediakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menyebabkan ramai pengguna atau pemandu meletakkan kenderaan mereka sesuka hati di bahu jalan dan di kawasan larangan. Sikap tidak bertanggungjawab ini mengundang kesesakan lalu lintas dan menyusahkan orang ramai. Masalah ini menjadi semakin parah apabila tiba musim percutian.

Jika permasalahan parkir tidak mencukupi ini di ambil tindakan dengan segara, segala permasalahan yang berlaku selama ini akan menjadi mudah dan tidak akan berlaku. Dalam masa yang sama, rakyat perlu menggunakan perkhidmatan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan dan jangan pula parkir kereta ikut sesuka hati sahaja. Dengan selesainya permasalahan ini, semua akan berjalan dengan lancar dan rakyat akan berasa berpuas hati dengan sistem yang dijalankan.

 390 Total Page Views,  3 Views Today

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button