Public Services

Scandal Tabung Haji..TABUNG HAJI KINI BERHUTANG RM4.1 BILION

one netizen posted in WA

Memperjuangkan sikap jujur dan amanah pemimpin. Terutama pemimpin2 melayu dan Islam. Bukan setakat retorik berjuang atas nama membela hak umat Islam dan bangsa melayu, tetapi yg pecah amanah adalah dr pemimpin sebangsa dan seagama juga… amat menyedihkan… yg di sakau pula adalah dari agensi2 utk bangsa dan agama sendiri. Apakah patut kita hanya merelakannya begitu saja… kita sangat takut hak bangsa dan agama kita tergadai… jadi hak sama rata seluruh rakyat msia, justeru kita tentang habis habisan2…Tetapi secara senyap2 hak itu dirobos oleh pemimpin kita sendiri, hak melayu dan Islam hanya tinggal di atas kertas, akhirnya tidak bernilai, kerana nilainya telah dirompak secara halus. Mana pergi NGO pejuang ummah yg menjadi latar belakang perhimpunan icerd dlm isu2 ini. Felda, mara, tabung haji. Semuanya atas kepentingan politik dgn menunggang bangsa dan agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof mendedahkan bahawa kedudukan kewangan Tabung Haji amat kritikal.

Berdasarkan audit yang dilakukan oleh PricewaterhouseCoopers (PwC), aset yang dimiliki ialah sebanyak RM70.3 bilion manakala liabiliti (tanggungan) sebanyak RM74.4 bilion.

Ini bermakna Tabung Haji mengalami defisit (hutang) sebanyak RM4.1 bilion setakat 31 Disember 2017.

Penemuan PwC itu mendapati pengurusan lama tetap memberi hibah atau dividen kepada pendeposit sedangkan Seksyen 22(3)(a) Akta Lembaga Tabung Haji 1995 menjelaskan hibah hanya boleh diberikan jika aset melebihi liabiliti. Kecurangan ini dilakukan sejak 2014.

Mujahid mendedahkan perkara berkenaan dalam sidang media khas di Lobi Parlimen, Kuala Lumpur.

Pelan pemulihan sedang dilakukan bagi mengatasi hutang berkenaan secepat mungkin dan pelan pemulihan akan dibentangkan dalam mesyuarat kabinet segera.

Jumlah pendeposit Tabung Haji kini seramai 9.2 juta orang.

More news click here: https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/12/10/mujahid-tabung-haji-paid-dividends-illegally-since-2014-as-debts-exceeded-assets/

 364 Total Page Views,  1 Views Today

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button