CampaignConsumer Products

SEJARAH KOPI HANG TUAH

Sejarah Kopi Cap Hang Tuah.

Warga Seberang Perai khasnya dan rakyat Pulau Pinang amnya, khususnya orang Melayu wajar berbangga dengan produk perniagaan warisan tradisi yang bersejarah ini.

Betapa pemiliknya telah buktikan bahawa orang Melayu sejak sebelum Merdeka telah mampu berniaga dan miliki kilang perusahaan.

1955…
Pengasasnya, Allahyarham Tuan Haji Zainal bin Haji Said ingin menterjemahkan impian memulakan pengeluaran serbuk kopi cara rakyat Malaya.

Namun idea ini tidak disenangi oleh pihak British yang sedang menduduki Tanah Melayu atau Malaya ketika itu.Ini memandangkan semangat pada nama Hang Tuah yang mampu memprovokasi dan miliki kesan signifikan ke atas kemerdekaan Tanah Melayu atau Malaya.Oleh demikian di masa tersebut kopi beliau dikenali sebagai “Chap 3 Murid”.

1957…
Sejurus Merdeka, ketika sambutan 31 Ogos 1957, Tuan Haji Zainal memulai mengeluar dan memasar serbuk kopi campuran Hang Tuah.Perniagaan awalan dimulai dengan syarikat perniagaan berasas keluarga secara kecil kecilan.

1958…
Permulaan, operasi di kilang kecil yang terletak di Sungai Lokan, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.Pada tahun ini juga Tuah Store telah jayanya dan Tuan Haji Zainal telah mengembangluaskan perniagaan Kopi ‘O’nya ke seluruh negara.

1974…
Tanggal 20 Julai, kemudahan baru (P2) telah dibina bagi menggantikan kilang kopi lama di Sungai Lokan.Ini sebagai plan pengembangan perniagaan demi memenuhi permintaan tinggi kopi Hang Tuah di pasaran.Prasarana baru yang dibina meliputi stor yang lebih besar untuk biji kopi mentah, penghasilan produk dan pejabat pemasaran.

2002…
Selepas 28 tahun beroperasi dari P2, pengembangan prasarana sekali lagi dilakukan dengan pembinaan kilang baru yang moden dan berteknologi tinggi di Taman IKS PERDA, Kubang Menerong, Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.Teknologi diadaptasi daripada metodologi dan penjenteraan dari Sepanyol.

Sebagai sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), P3 dilengkapi Sistem Kawalan Asap dan penapis asap di mana ia hanya membenarkan asap bersih dilepaskan.Dengan ini penduduk persekitaran tidak terkesan oleh operasi kilang yang cemar.

Kini produk kopi Hang Tuah dipelbagaikan dan dipasarkan ke seluruh dunia.Ianya adalah produk jenama Malaysia yang bersejarah dan berjaya, khususnya kebanggaan Melayu Pulau Pinang.

Syarikat Hang Tuah
2799, Taman IKS Perda, Kubang Menderong,
Tasek Gelugor.
 04-5736624

PERNIAGAAN BUMIPUTERA ISLAM MALAYSIA / PERAK D.R
https://www.facebook.com/groups/277658549615894/

 17,849 Total Page Views,  1 Views Today

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button