Education

SERONOK DAHULU MENANGGUNG KEMUDIAN !!!!

 

Mesti korang semua tahukan PTPTN ? Skim Pinjaman especially untuk student IPTA? Seronok kan masa dapat duit tu mesti tak ingat dunia nak beli tu nak beli ni bagi sesetengah student . ingat lah pepatah ni wahai anak muda sekalian “ BERSUSAH-SUSAH DAHULU BERSENANG-SENANG KEMUDIAN” . Memang kita rasa seronok bila pegang duit banyak banyak tu . Boleh beli tu beli ni but ingatlah berjimat lah sebelum anda merasa terbeban untuk hadapi masalah akan datang . Guna duit tu untuk benda yang bermanfaat je . Menabung dari sekarang !! Why not lepas dapat duit tu simpan jangan terlalu boros.

Yes zaman sekarang semuanya perlukan duit . Malah sekarang semuanya bukan murah murah tambah ada GST lagi . Jadi aku sarankan especially untuk student yang fikir duit itu adalah kemewahan bagi  korang kenapa korang tak cuba untuk menabung atau gunakan duit untuk benda yang perlu sahaja . Ni demi kebaikkan diri sendiri.Nak bayar duit pinjaman ni bukannya sikit . Banyak wei !!! Serious talk aku cakap korang memang kena berjimat cermat untuk guna duit tu , sebab korang yang nak kena bayar balik so korang akan rasa terbeban jangan masa tu baru korang rasa menyesal sebab tak menabung dari awal. Dapat duit je enjoy , dapat duit je enjoy . Masa enjoy memang tak fikir . Lepas lenyap je semua duit tu nak bayar semula baru korang terkial2 nak cari duit ,nak keje cari duit semata2 untuk bayar duit PTPTN. Bukan apa aku berkongsi ni atas pengalaman diri aku sendiri . sebab takguna menyesal dikemudian hari . So , apa yang aku kongsikan ni amek iktibar korang semua untuk jadikan pengajaran . aku taknak korang menyesal macam aku .

 197 Total Page Views,  1 Views Today

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button