International Affairs

TERBONGKARNYA MISTERI PESAWAT MH370 DAN MH17

8 March 2014

00.35 pagi: Pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 orang anak kapal telah berlepas dari Lapangan terbang KLIA dan dijadualkan akan sampai ke Beijing pada pukul 6.30 pagi.

1.19 pagi: MH370 sempat berhubung dengan menara kawalan di KLIA untuk kali yang terakhir.

1.35 pagi: Sejam selepas berlepas, Pesawat MH370 telah dirampas oleh Mossad (Ejen Perisikan Israel) dengan menggunakan alat kawalan jauh dari pesawat tentera yang digelar AWACS. Semua pesawat Boeing telahpun dipasang sejenis chip yang digelar “QRS-11 gyro chip”. ini memudahkan pesawat dikawal melalui alat kawalan jauh.

Pesawat tentera AWACS

Pesawat tentera AWACS itu telah berjaya mengawal keseluruhan kapal terbang MH370 dengan menggunakan alat kawalan jauh dan kemudian mula memusingkan MH370 ke arah lautan hindi.

2.00 pagi: Fariq Abdul Hamid iaitu pembantu juruterbang pesawat MH370 telah cuba menghubungi seseorang menerusi panggilan telefon ketika pesawat tersebut terbang serendah 5000 kaki di ruang udara Pulau Pinang pada hari tersebut. Difahamkan pesawat Boeing 777-200 ER itu terbang pada ketinggian yang cukup rendah bagi membolehkan isyarat telefon bimbit dikesan oleh pemancar telekomunikasi di darat. Panggilan tersebut bagaimanapun terputus sebelum sambungan berjaya dilakukan.

4.00 pagi: Para penduduk di kepulauan Maldives telah memberitahu kepada para pemberita bahawa mereka telah melihat sebuah kapal terbang yang terbang terlalu rendah dan mereka mengatakan bahawa warnanya sama seperti pesawat MAS (Malaysian Airline System).

Untuk penjelasan selanjutnya, sila ke site berikut:

http://bumiyangtercinta2.blogspot.my/2015/11/terbongkarnya-misteri-pesawat-mh370-dan_15.html?m=1

 669 Total Page Views,  2 Views Today

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button