Entertainment

Typical Malay Drama

Kualiti drama melayu sekarang ni kalau kita tgk kebanyakannya sama je jalan cerita dia. Dari segi lakonan pun kalau kita bandingkan dengan negara luar memang jauh beza. Terlampau ramai pelakon baru yang macam ‘KAYU’. Harapkan ada paras rupa je tapi lakonan tak berkualiti dan tak menjiwai watak. Berbeza la dengan masa zaman dulu, sekarang ni org suka tgk luaran je asal handsome atau cantik and boleh berlakon sikit2 dah boleh masuk tv.

Ada sesetengah drama melayu tu alah… Tak tau lah nak dikategorikan dalam kelas apa. Skrip ke laut, pelakon tah apa2 tah lepas tu jalan cerita pun kelam kabut..macam tu pun boleh ditayangkan? Ini la yang boleh dikategorikan nilai hasil daripada beberapa siri drama petang setiap hari di kaca televisyen tempatan. Dari aspek komersial, memang drama2 tu mampu naikkan populariti sesebuah stesen tv, tapi dari segi mutu dan kualiti untuk capai level antarabangsa jauh ketinggalan. Terasa mcm kita syok sendiri je buat drama..

Memang ada beberapa drama atau filem yang baik dan berkualiti, tapi sayang la hidup sesetengah pelakonnya lupa diri, sombong, berlagak dengan peminat, dia tak tau kalau bukan sebab peminat siapa nak tgk dia berlakon?

Kita taknak la drama atau filem berunsur Islam hanya sekadar bermusim dan ala kadar je sampai nampak jalan cerita tak relevan dengan tuntutan Islam secara menyeluruh dan mendalam.

Mungkin kita boleh mencontohi kejayaan filem-filem yang menterjemahkan biografi tokoh sampai rasa watak tu betul2 hidup, contohnya ketelitian David Attenborough menterjemahkan Mahatma Ghandi, seorang yang mementingkan prinsip perjuangan tanpa keganasan walaupun last2 beliau sendiri terbunuh.

 318 Total Page Views,  1 Views Today

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button