Public ServicesSocial Issues

LAMBANG PARTI BUKAN SEMESTINYA LAMBANG KETELUSAN DIRI

Apa yang patut kita bangga ialah semangat anti-rasuah, anti-penyalahgunaan kuasa dan anti-tadbir urus yang tidak berkualiti. Inilah yang kita lihat sedang ditunjukkan oleh sebahagian golongan muda dalam politik baharu hari ini. Inilah nilai-nilai Islamik yang patut diangkat dan dipuji. Itulah sepatutnya yang menjadi agenda bagi slogan ‘menegakkan Islam dalam pemerintahan’. Penegakan Islam dalam pemerintahan itu dizahirkan melalui pemerintahan yang telus lagi adil bukan melalui slogan-slogan berbunyi agama tetapi tidak melahirkan ketelusan, keadilan dan tadbir urus yang baik.

Malangnya, dalam era politik baharu masih ramai lagi yang berfikiran lama sekalipun tidak berada dalam parti pemerintah yang lepas. Ini terutama kelompok ‘lama’ dan yang pernah mengecapi cara lama dalam berpolitik. Mereka masih lagi di bawah pengaruh ‘dadah’ semalam yang cenderung kepada mengaut keuntungan peribadi dan kroni menggunakan harta awam. Mereka menyertai parti baru tapi dengan sikap yang lama. Ertinya, lambang parti yang dipakai oleh seseorang bukanlah semestinya tanda ketelusan ataupun sikap yang adil dalam urustadbir wujud pada dirinya. Walaupun pendirian dan dasar parti itu amat penting, namun akhirnya sikap individu itu sendiri yang menentukan ketelusan . Kita perlu mendidik generasi baharu ke arah mentaliti baharu jika kita mahu maju ke hadapan. Kita pernah mengenepikan golongan yang masih di bawah pengaruh khayalan dadah semalam. Kita perlukan generasi baharu yang berfikiran maju ke hadapan dengan penuh nilai yang baik dan berkualiti.

Loading

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button